Logo Pusat Sejarah adalah lambang rasmi Jabatan seperti kebenaran Memorandum Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan, Bilangan : (27) KKBS 1.5 bertarikh 3 Mac 1984.
Ukiran dalam lingkungan bulatan logo ini dipadankan dari ukiran Cap Mohor yang digunakan oleh Sultan Omar Ali Saifuddin II (TM 1828-1852). Warna yang digunakan diambil daripada warna Bendera Negara Brunei Darussalam, iaitu kuning, putih dan hitam.
Ukiran bunga air mulih yang terdapat dalam logo ini memberi pengertian bahawa orang Brunei itu sentiasa berlemah lembut. Manakala bunga keramunting pula disifatkan sebagai lambang yang menggambarkan sesuatu yang memuaskan hati.
Logo ini adalah hasil rekaan Awang Haji Salleh bin Haji Ibrahim.